Tuesday, October 11, 2016

#JuwieParamita

Ditanya berulang kali. Usah kata seperinciannya. Sebesar bateria itu pun sudah diselidik dipersoal. Namun masih, bisu juga tubuh itu.

Aku sudah tidak tahan.

Kenapa tiada siapa dapat merungkai apa yang ada pada gadis; yang orang sekeliling memuja Dewi Paramita itu. Gelaran itu cuma milik aku!

Sunyi.

Gelap.

"Juwie"

Dia masih mendiam.

"Beritahu pada aku. Apa rahasianya"

Air matanya mengalir. Titis peluh sudah mengering. Mungkin sudah penat meronta, kebarangkalian.

"Dewi Paramita"

Senyum sinis. Pantas aku tarik kemas bucu mukanya. Kasar. "Rasanya kamu tahu, sebagai ahli baru di dalam intitusi magis ini, batas batas kuasanya seharusnya punya had"

"Usah pamer segala yang ada padamu, agar para penuntut kagum dan tahu kewujudanmu!!"

"Kerna sejuta si pemuja kamu itu. Pasti ada membenci kewujudan kau. Malahan, aku salah seorang dari mereka!"

Dia cuba cakap sesuatu, tetapi rumusan aku begitu kuat untuk biar dia berucap.

"Aku benci ulang benda sama berulang kali!"

Aku berjalan di belakangnya, tubuhnya kaku terikat jampian aku; tidak bertali.

"Aku benci.. Kesempurnaan kau, Juwie." Bisikku sipi telinganya.

Aku menarik rambutnya. Dan mengelar lehernya dengan pisau ilusi aku.

"Kerna ianya, milik aku."

Sunday, October 9, 2016

Start now, not tomorrow

83.1

Harini kelaut dalam, dan first time jalan kaki 1jam non stop.

Semoga terus istiqomah ya.. kau kena fokus fokus.. displin displin..

Kurus demi bakal suami. Demi bakal zuriat lepas nikoh. Demi ibadah lebih mudah.

Moga dipermudahkan..

Aamiin..

#prayforel

Saturday, October 8, 2016

Seminggu hilang 3 kg !

Aku tak atkin secara clean. Huhu

Pagi tadi timbang 83.3..

Seminggu 3 kg.. aku harap boleh terus atkins dengan lebih clean..

Pasalnya aku bet dengan ada la kawan aku ni. Challenge 60 hari ..  so aku kena at least 67kg gitu.. huhu ! Kalau tidak, duit aku burn.. kahkah

Semoga terus gigih la ya.. dah bertahun tahun gemuk ni oi !! Tak kan nak fitting baju pengantin saiz double triple XL kot !!

Mohon insaf !

Sekian. Haha

Thursday, October 6, 2016

Padan muka !

Aku dah cakap jangan makan kan. Kau makan jugak burger tu. Padan muka tak banyak turun. Haha !

Current weigth : 84.5kg